Friday, August 19, 2011

Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Ya Allah, sedih sungguh hati aku tika ini...
Ikutkan ingin aku mengalirkan air mata nieyh...
Hati aku bercampur sakit hati, sedih...segalanya bercampur dalam 1 rasa..
Macam mana aku nak mulakan, aku sendiri pun tidak begitu pasti..
Sedih yang teramat sangat...terluka hati aku pagi nieyh dengan cara dia...

Kalau awak ajak saya dari awal dan awak memang tekad ingin saya ikut, sudah pasti saya akan ikut..pernah ker saya tolak kalau awak ajak saya kemana2...saya cuba untuk sentiasa ada di sisi awak...tapi bukan begini caranya untuk awak mengajak saya...saya cukup sedih dengan cara awak...bukan bila saya mengadu baru awak bertindak..tapi sejujurnya saya cakap, pengaduan yang saya ungkapakan pada awak, bukanlah salah satu sebab untuk saya ikut awak pulang ke kampung, ia hanya sekadar ingin memberitahu...

Bila awak terus tanya mak awak, awak membuatkan saya rasa malu sangat..Ia seolah-olah seperti saya yang terhegeh2 nak ikut awak..awak tahu x semua tuh???saya tak nak keluarga awak akan berfikir yang saya nieyh sentiasa nak ikut ke mana awak pergi..saya tak nak tanggapan diorang lain pada saya...saya bukan seperti itu...

Andai awak ajak saya dari awal, sudah semestinya saya akan ikut tanpa alasan saya akan bagi, dengan spontannya saya akan ikut awak...saya teringin nak berjalan ke terengganu...pada mula2 awak cerita pada saya nak pulang ke kampung dan awak ajak saya, hati saya sungguh berbunga sebab awak ajak saya pulang ke kampung awak dan dapat laa saya jalan2 di terengganu....tapi bila dah nak dekat hari awak nak pulang ke kampung awak diam sahaja tak ada lagi ajakan awak untuk saya...awak hanya berkata " b balik kg mgu dpan"...dan dengan rasa sayunya saya hanya mengiakan saja pemulangan awak itu...tiada kata-kata untuk saya ungkapkan lagi....untuk sedapkan hati saya, saya ingatkan dalam diri saya yang mungkin kereta tak muat...seperti mana yang awak cakapkan pada saya pada mula2 ajakan awak pada saya...

dan pagi nieyh awak pertikaikan kepulangan awak ke kampung saya..Yea saya tahu awak tidak pernah sama sekali tolak ajakan saya..saya sangat menghargai budi baik awak...sangat2...tapi andai awak memang betul nak saya ikut, dari awal lagi awak akan ajak saya...bukan kerana di rumah saya tiada orang...saya sangat2 sedih...tidak pernah saya buat awak seperti ini bila saya ingin awak pulang ke kampung saya....

Mungkin awak salahkan saya kan kerana tidak ingin ikut awak pulang ke kampung....tapi kalau awak di tempat saya sudah semestinya awak akan terasa seperti mana saya rasa sekarang...dan saya tidak akan salahkan awak...awak dah besar, awak boleyh fikir sendiri...saya doakan awak selamat pergi dan selamat pulang semula ke sini...baliklah dengan hati yang gembira yeaa...hati2 semasa memandu...ingat awak bawa keluarga tuh...take care yea sayang...saya doakan awak selamat... :)

Monday, August 8, 2011

Hanya padamu, Ya Allah

Assalamualaikum & Selamat Petang

Terlalu banyak perkara yang makin lama, makin aku tahu mengenainya..
Dan benda yang aku tahu membuatkan hati aku begitu sakit sekali, walau aku tahu itu adalah satu cerita yang dah lama berlaku...ketika itu aku tidak lagi mengenali siapa dirinya dan saat itu aku bersama orang lain...begitu juga dia...

Perasaan sakit itu melebihi segalanya...tidak sepatutnya untuk aku merasai semua itu tapi lagi aku memikirkan...lagi sakit kepala aku...macam mana untuk aku buat-buat yang aku tidak pernah mengetahuinya...alangkah indah jika aku tidah mengetahui tentangnya walau sedikit pon..hati dan kepala kau tidak sakit memikirkannya...sudah bertahun perkara itu berlalu, tapi aku takut andai aku akan di perlakukan seperti yang lain...kepercayaan aku makin berkurang..aku tidak begitu yakin...

Aku takot, aku jua seperti yang lain...saat aku mendengar segala cerita tentangnya, hati aku berdetik ketakutan..dan tidak pernah terlintas di fikiran aku yang dia seperti itu..bagi aku dia bukan jenis yang sebegitu, tapi aku salah...aku berharap dia bersikap lebih matang seperti umurnya...Mungkin betul apa yang di ungkapkan oleh adiknya, biarlah kita ini jadi orang ke berapa dalam hidupnya, yang penting hati dan cintanya adalah jujur hanya pada kita...aku berharap apa yang di ungkapkan oleh adiknya adalah betul...

Aku tidak sama sekali mencari kecntikan, tapi aku mencari hati yang tulus..tanpa jemu untuk menyintai aku sehingga hilangnya aku dari bumi nyata ini...sebegitu juga aku, cinta aku untuk seseorang yang bergelar lelaki...akan aku menyintainya seluruh hati aku untuk dirinya sehingga akhir hayat aku...Masih wujud ker semua itu?

Kepala aku makin serabut memikirkan perkara yang tidak sepatutnya untuk aku berfikir..tapi kenapa aku masih memikirkannya...mungkin kerana aku takut, takut kehilangan...Andai dia bukan untuk aku Ya Allah, berilah aku petunjuknya..Janganlah engkau memberi kenangan pada aku yang suatu masa nanti tidak dapat untuk aku lupakannya...Sesungguhnya, hanya engkau yang mengetahui segalanya...Yang terbaik dalam setiap kehidupan manusia...Termasuk juga aku..Amin...Insyaallah...

Friday, June 24, 2011

Mungkin Kesilapan Aku

Assalamualaikum & Selamat Pagi


Sebenarnya aku terasa terkilan sangat..
Tidak sepatotnya untuk aku membeli benda itu jika aku belum memenuhi syaratnya...keinginan aku membuatkan aku lupa akhirnya membuatkan aku sedih...untuk aku berpatah balik seperti sudah lambat...dan aku makin penin memikirkannya...aku tidak ingin sama sekali untuk menyusahkan orang-orang di sisi aku...tapi aku sendiri tidak tahu jalan penyelesaiannya...aku betul2 buntu sekarang nieyh...apa yang boleh aku buat, diam untuk seketika ini...ini kerana aku sendiri tidak nampak jalan keluar untuk masalah yang aku sendiri cari...dan memakan diri aku sendiri..

Ia tidak semudah yang aku sangkakan..sepatotnya aku perlu melawan keinginan aku ni dengan memikir panjang sebelum membuat apa-apa keputusan...Sejujurnya, aku tidak sangka begini jadinya...setiap apa keputusan yang aku terima tidak ada yang mampu untuk membuat aku gembira tika ini...adakah ini mungkin dugaan untuk aku memilikinya...hanya DIA yang mengetahui...

Aku tidak ingin lagi berharap...aku menerima setiap apa yang bakal aku tempuhi...mungkin aku belum mampu untuk memilikinya...dan aku perlu sedar kenyataan itu...aku perlu bangun dari tidur lena aku nieyh...mimpi benda yang aku sendiri tahu agak sukar untuk aku milikinya...mungkin suatu masa nanti aku dapat memilikimu...dan aku akan tunggu saat itu tiba...mungkin saat itu aku sudah pasti dan mampu untuk memilikinya tanpa sebarang masalah lagi... :)

Wednesday, June 22, 2011

Tanggungjawab

Assalamualaikum & Selamat Petang...

Tanggungjawab?
Kalau awak rasa itu tanggungjawab, tidak perlu untuk bertanya..
Awak sendiri boleyh berfikir tanpa menyoal soalan yang saya rasa tidak perlu untuk saya jawab..
Itu kerana awak sendiri sudah tahu jawapannya....
Saya perhatikan segalanya...Kadang-kadang nak jer saya cakap kat awak...tapi saya rasa tak perlu kot, sebab awak sendiri leyh fikir semua tuh...tak kan laa segalanya perlu untuk saya beritahu...
Kita dah sama-sama besar...semua itu kita boleyh fikir sendiri..

Tapi its okey laaa...selagi saya boleh untuk berdikari, saya akan ikut cara saya...tanpa menyusahkan awak...mungkin itu akan membuatkan awak selesa... :)..kalau saya, saya boleh berfikir semua tuh...untuk orang kesayangan saya...saya rasa berbaloi..dan saya pasti awak akan lebih menyayangi saya kan????Tapi macam orang di luar sering bicarakan, lain orang lain caranya berfikir...pemikiran itu tidak akan sama...

Kadang-kadang saya ada juga perasaan malu untuk bercakap itu, bercakap ini...tapi awak boleh fikir semua tuh...kadang-kadang saya cuba untuk nak menguji awak...dan saya berharap awak akan buat seperti mana yang saya harapkan...tapi ia tidak seindah yang di sangkakan...itulah kehidupan..
saya menerima segalanya... :)

Thursday, June 16, 2011

Terima Kasih & Minta Maaf

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semuanya...

Sebenarnya topik aku hari ini adalah kenapa sukar sangat seseorang itu untuk mengucap ucapan TERIMA KASIH @ MINTA MAAF????
Kenapa yeaa???
Kalau kita ucap perkataan tuh, kita kena bayar ker??
Atau maruah kita jatuh ker???
Atau duit dalam bank kita tiba2 jadi sikit ker????
Atau kerana EGO????
Haishhhh..kadang2 aku tak paham dengan orang di muka bumi ini..kadang2 termasuk dengan orang sekeliling aku jugak....sama jer..sukar betul aku nak dengar semua tuh...

Padahal nak suh cakap jer pon..bukan nak kena buat ape2...juz say TERIMA KASIH ayah,emak,kakak,awak dan sebagainyalah...Semuanya dah besar2 kan, so dah boleyh pk sendiri...Leyn laaa budak2 lagi contoh 1 or 2 tahun ker...mungkin laa dorang tak pandai lagi dengan semua tuh....nieyh ada setengah tuh dah nak jadi bapak orang, mak orang dah pon....

Tidak perlu laa nak tunggu orang tuh bagi hadiah baru nak ucap terima kasih...orang tuh dah tlg kita pon perlu untuk kita ucap terima kasih..walau sekecil mana pertolongan dia perlu untuk kita ucapkan terima kasih kepadanya....kerana ucapan itu mampu untuk membuat dia merasai yang pertolongannya itu dihargai....even, pelayan yang hantar minuman or makanan kepada kita perlu utnuk kita ucap terima kasih pada dia, kerana dia adalah manusia seperti kita..tetap mempunyai harga diri....

Aku cukup pantang orang yang sukar nak ucap terima kasih nieyh...apa yang susah sangat pon tak paham laaa...tak jatuh maruah pon wahai sahabat2ku...malah kita dapat pahala lagi ada laaa...mungkin pahala 2 kita xnampak, tapi besar pahala tuh...fikir-fikirkanlah...haishhh, hangin plak aku bila pk benda nieyh...

Cukup geram aku dengan orang yang perangai cam nieyh...
(sabar wani sabar...sesungguhnya orang yang sabar itu, akan disayangi oleh ALLAHNYA)

*Biasa-biasakanlah diri anda untuk mengucap terima kasih jika mendapat pertolongan atau dibantu oleh orang lain...dan terapkanlah dalam diri anda untuk mengucap MAAF jika betul diri anda salah...Biarlah orang selesa apabila berada dengan kita, bukan rasa menyampah apabila dengan kita...Pilihan semuanya ditangan anda untuk pilih berada dalam kategori yang mana....


Perbaikilah diri... :)

Tuesday, June 14, 2011

Saat itu


Menangis??
Untuk siapa??
Arhhhh...tak perlu kot untuk aku menangis lagi...
Memangis tidak mampu untuk aku berubah apa2 pon...
Mungkin menangis hanya untuk kita menghilang rasa sedih ini untuk seketika..
Setelah dengan apa yang berlaku, menangis hanya mampu untuk memujuk diri kita sendiri...air mata itulah yang menunjukkan bahawa yang kita terlalu sakit disakiti....

Bagaimana untuk aku teruskan semua ini???
Sedangkan kepercayaan tiada lagi dalam diri ini...
Aku memang dah x boleyh nak percaya langsung dengan kata2 dia...
Langsung...Cakap la apa pon aku memang tak boleyh nak percaya lagi...
Jika kau masih cintakan aku, kau tunggu laa sehingga aku boleyh mempercayai kata2 kau kembali...
Jika kau tak sanggup untuk tunggu, aku tidak akan pernah paksa kau untuk menunggu aku...tidak sama sekali...

Semua yang berlaku bukan semudah yang kau sangkakan..
Bukan sesenang yang engkau fikirkan...
Letakkan diri kau dalam diri aku ketika aku perlakukan seperti itu pada cinta engkau...
Kepercayaan di ragut, kesetiaan di perlecehkan...
Kesabaran dan kesakitan aku ada hadnya...
Aku diam bukan bermaksud aku lupakan semua itu....
Dalam diam aku, aku mencari kepastian....

Monday, June 13, 2011

2.00 a.m

Assalamualaikum & Selamat Tengahari semuanya...


Segalanya terjawab...
Penantian yang begitu lama aku tunggu, akhirnya terjawab jua..
Tekaan aku selama nieyh tersangat laa betul...
Hanya aku tidak mempunyai bukti untuk mengukuhkan lagiapa yang aku fikirkan selama ini...Tapi pagi semalam segalanya terjawab...Dan aku mendapat jawapan yang pasti...tanpa aku mencari ia datang sendiri...Betapa besarnya KUASA ILLAHI....Segalanya terungkai dengan begitu senang tanpa susah payah untuk aku mencari....

Sesungguhnya kuasaMU begitu besar YA ALLAH...Engkaulah yang MAHA MENGETAHUI segalanya yang berlaku di bumi yang fana nieyh....Aku bersyukur kepadaMU YA ALLAH ENGKAU memberi aku petunjuk...Petunjuk disebalik semua yang berlaku...Sesungguhnya aku percaya dengan KEBESARAN KUASAMU...telah terbukti segalanya...Hanya masa yang menentukan segalanya...penentunya hanya CEPAT atau LAMBAT kebenaran itu akan muncul....

Sembunyilah semampu yang engkau sembunyikan..Sesungguhnya KUASA ALLAH adalah lebih besar...Lebih besar dari segala-segalanya....Ingatlah bahawa KUASANYA tiada tandingan..Hanya DIA yang berkuasa....Aku bersyukur kepadamu YA ALLAH...Tersangat bersyukur....

Walau aku sendiri tahu kebenaran yang aku tahu teramat menyakitkan hati aku...Tapi sekurang-kurangnya penantian aku mendapat habuannya...Saat aku menulis, hati kecil aku turut menangis mengenangkan apa yang berlaku pada diri aku...Sakit yang teramat sangat sehinggakan aku pasti parut ini tidak akan sama sekali hilang dalam diri aku sehingga waktu menjemput aku untuk pulang ke sana....Tidak akan sama sekali...

Aku memaafkan atas apa yang berlaku...tapi parut ini tidak akan hilang..Semoga engkau mengerti segala perit yang aku tanggung..Satu persatu badai yang aku tempuh..yang aku sendiri sebenarnya tidak menyangka..Tidak menyangka yang engkau akan perlakukan aku seperti itu...Samada sengaja atau tidak disengajakan..Hanya diri kau yang boleh menjawab segalanya....

Tapi aku tidak akan pernah sama sekali memperlakukan seperti mana yang engkau lakukan kepada aku...itu kerana cinta aku adalah ikhlas untuk kau...ikhlas dari hati aku...kerana aku tidak akan sama sekali memperduakan cinta aku sendiri...lafaznya cinta aku kepada engkau, saat itu aku telah berikan cinta aku untuk engkau jaganya sebaik yang mungkin tanpa melukai cinta itu...

Dengan apa yang berlaku, hanya senyuman yang terukir saat nieyh...
Tidak guna untuk aku meleting, kerana semua itu tidak akan sama sekali untuk berpatah kembali....Apa yang terjadi sudah pun terjadi...Aku redha dengan apa yang aku lalui...Mungkin berdiam adalah lebih baik untuk aku ketika ini...Semoga engkau sedar dengan apa yang engkau lakukan...Andai engkau masih ragu..Haruslah bagi engkau untuk memilih yang terbaik untuk kehidupan engkau tanpa menyakiti mana-mana pihak...

Kepercayaan aku makin luntur...luntur dengan apa yang terjadi pada aku..
Hati aku makin berkecai dek kerana pelakuan kau...
Kesetiaan dan kejujuran yang aku lemparkan dalam hubungan ini,tidak bernilai langsung...aku akan tetap setia pada kau sehingga sampai suatu masa dimana kau betul2 meragut setia aku itu...Saat itu, aku akan terus pergi tanpa menoleh kebelakang lagi...tidak akan pernah untuk kembali kepada kau lagi....tidak sama sekali...peluang yang aku bagi engkau patut hargainya....bukan mempergunakan peluang itu...

Aku bersyukur sehingga saat nieyh, hati dan cinta aku masih pada engkau..walau macam2 yang engkau lakukan...maafkan aku kerana kepercayaan aku terhadap bukan seperti dulu lagi...Kita sama-sama berdoa semoga ALLAH memberikan yang terbaik untuk kita...Hanya DIA yang berkuasa...Aku tidak berani lagi untuk simpan kepercayaan itu...

* Segala pilihan adalah dari kita,Selebihnya ALLAH yang akan menentukannya.
saya minta maaf...