Thursday, April 21, 2011

Di Hati

Assalamualaikum Semuanya...

Betul ker kalau kita marah or kita melenting itu menunjukkan kelemahan kita pada seseorang...Tapi bukankah kemarahan itu dapat melepaskan segala tekanan dalam diri kita????Banyak betul tafsirannya kan???Mungkin ada betul yang bila kita marah or melenting itu menunjukkan kelemahan kita pada seseorang...tapi dalam masa yang sama marah itu juga dapat meredakan sakit hati dalam diri kita...haaisshhhh...confuse plak aku...

Hanya diri kita yang tahu pilihan yang mana kita inginkan....
Bagi aku selagi kita mampu untuk simpan kemarahan itu, simpanlah...
Selagi kita mampu untuk tidak melenting, adalah lebih baik kita berdiam saja....Kerana bila kita marah atau kita melenting itu mampu untuk membuat seseorang itu tersenyum dengan sinisnya kerana berjaya membuat kita marah...Walaupun hakikatnya sukar untuk kita mengawal emosi marah...kita hanya manusia biasa yang kebanyakkannya mengikut kata hati tanpa berfikir dahulu...kerana seorang manusia dia akan berasa puas jika sesuatu benda itu di lepaskan pada saat itu tanpa berfikir kesan di sebaliknya....Namun hakikatnya, kita sudan pon tewas dengan emosi kita sendiri tanpa kita sedari....

Segala-galanya terletak hanya pada satu sudut sahaja dalam organ badan kita iaitu HATI...Bersihkanlah hati dan tenangkanlah hati ini daripada perasaan yang negatif...Jangan biarkan element2 negatif menguasai element2 positif kita.....Sesungguhnya yang paling berhak untuk bertakhta dalam hati kita ini hanya element2 positif...

No comments:

Post a Comment