Monday, September 6, 2010

Perasaanku..

Lusa aku akan berangkat pulang ke kampung untuk menyambut lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi..
Hati nieyh begitu gembira untuk pulang ke kampung halaman..
Persiapan demi persiapan di siapkan sebelum menjelangnya hari raya aidilfitri...
Pakaian untuk emak,abah dan adik telah ku belikan..Yang tinggal hanya persalinan untuk diriku ini..
Entah kenapa laaa sukar sangat untuk aku memilih pakaian raya untuk diriku ini...ada saja yang tidak berkenan di hati...Alamatnya persalinan untuk aku kali ini,akan di beli di kampung sahaja..Aku hanya ada 1 hari setengah sahaja lagi untuk membeli pakaian untukku ini..Insyaallah moga akan ada pakaian raya untuk lebaran kali ini..Lebaran tahun ini seperti biasa, hanya ada 1 kelainan..Keluarga pak tam dan mak tam aku akan menyambut hari raya di kampung bersama-sama keluargaku..Perbezaannya akan bertambahlah ahli keluarga untuk perayaan kali ini..Sungguh gembira apabila mendengar perkabaran tentang kepulangan pak tam sekeluarga ke kampung halaman...Semestinya pagi raya suasana akan menjadi riuh rendah untuk bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan sembahyang raya...Saat itu sungguh indah buat diriku ini...
Aku akan berada di kampung selama 12 hari..Cuti yang agak lama bagiku..Tapi berbaloi kerana dapat bersama-sama keluarga...Itulah saat yang paling di tunggu-tunggu bagi seseorang yang bergelar anak... ;)

No comments:

Post a Comment